KESUKARELAWANAN ISU DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT

KESUKARELAWANAN ISU DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT
Brand: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Product Code: Umum
Availability: In Stock
Price: MYR28.00
Ex Tax: MYR28.00
Qty:  
   - OR -   

Tajuk:

KESUKARELAWANAN ISU DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT

Pengarang:

Nazilah Ali

ISBN:

978-967-0524-63-4

Harga:

RM28.00

Tahun:

2014

Sinopsis

Buku ini memperkenalkan tentang sukarelawan, kesukarelawanan dan pertubuhan sukarela serta perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kesukarelawanan. Ia juga memberi panduan bagaimana untuk mendorong masyarakat terlibat dengan pertubuhan sukarela dan aktiviti kesukarelawanan melalui teori teori terpilih.

Kesukarelawanan adalah antara tuntutan dalam hidup. Allah s.w.t. berfirman “ …Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”
(Surah al-Maidah:2).

Mengajak orang lain menyertai aktiviti kesukarelawanan adalah antara pelaburan yang amat menguntungkan. Daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka" (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi).

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Powered By OpenCart
UMT Online Book Store © 2017